Sunday, August 30, 2015

INSPIRASI BLOG INI

Inilah yang menjadi inspirasi untuk saya meneruskan blog ini. Almari mak mertua makin penuh dengan door gift dan hadiah buah tangan cantik-cantik. Makin hari makin banyak. Mama memang cukup suka kumpul. Anak-anak pula cukup suka buang sebab bila banyak sangat dah jadi semak. Jadi mana yang nak dibuang tu, saya ambil gambar untuk di kongsikan dengan pembaca blog ini yang saya agak memang tengah mencari idea untuk jadikan buah tangan tetamu semasa kenduri kan...