Sunday, September 13, 2015

Doorgift Kacang Campur



Assalamualaikum semua....

Apa khabar semua ... 
Harap semua sihat di samping keluarga tercinta :)

Dah na dekat raya Korban ni , mesti ramai yg nak buat Korban kan, 
Tapi tak tau nak bagi cenderahati apa kat orang yang datang nanti.. 
Jom saya share sedikit idea untuk kawan-kawan sekalian...


"DOORGIFT KACANG CAMPUR "

Senang je nak buat doorgift kacang campur ni.
Beli botol kaca ni di Kedai Pembekal Botol Kaca dan Plastik

Bahan-bahan :
# botol kaca
# riben
# kacang yg nak dimasukkan dlm botol

Cara-cara :
# masukkan kacang di dalam botol
# hiaskan botol dengan riben


Yeahhh... Dah siap 
Simple dan menarik...


- SELAMAT MENCUBA -






Doorgift Lolipop Towel



                                          Cantikkan kalau buat hantaran ??  "Lolipop Cinta"








Cantik dan menarik

Senang je nak buat sendiri...


Bahan-bahannya :
# 2 keping tuala kecil yg berlainan warna
# 1 batang kayu aiskrim
# Jarum peniti
# Riben
# Gam UHU

Cara membuat :

# Tuala dilipat kepada 3 bahagian
# Gulungkan serentak kedua-dua helai tuala
# Pinkan tuala
# Ambil kayu aiskim, lekatkan dibahagian belakang tuala yang digulung tadi
# Akhir sekali ikatkan riben dibahagian kayu aiskrim tadi ... 


- SELAMAT MENCUBA -






Sunday, August 30, 2015

INSPIRASI BLOG INI

Inilah yang menjadi inspirasi untuk saya meneruskan blog ini. Almari mak mertua makin penuh dengan door gift dan hadiah buah tangan cantik-cantik. Makin hari makin banyak. Mama memang cukup suka kumpul. Anak-anak pula cukup suka buang sebab bila banyak sangat dah jadi semak. Jadi mana yang nak dibuang tu, saya ambil gambar untuk di kongsikan dengan pembaca blog ini yang saya agak memang tengah mencari idea untuk jadikan buah tangan tetamu semasa kenduri kan...